...
Friday, January 1, 2016
Duit Malaysia..
Saturday, August 8, 2015
Info Kepada Semua Pengguna Lebuhraya Dari Utara ke Selatan
Untuk perjalanan yang lebih cepat & lancar & tak payah nak beratur panjang di tol ialah caranya kita guna Touch n Go & Smartag. The best way, to me as customer. ^^
Tambahan info berguna kepada pengguna lebuhraya :
1. Kes kalau hilang kad transit atau kad Touch n Go,korang akan didenda bayar.Untuk pengetahuan & ingatan pengguna lebuhraya,jurutol TAK BOLEH angkat palang lorong sukahati untuk korang jalan depan & berhenti cari kad.. so jangan marah jurutol kalau dia suruh cari kad tu,bermakna dia tak mahu korang kena denda.Melainkan korang rela nak bayar denda sebab korang malas nak cari & tak mahu orang belakang korang horn sebab lambat.Kalau nak cari jugak,korang kena berhenti tepi sebelum masuk lorong tol supaya tak ganggu orang lain nak bayar tol jadi lambat kerana korang cari kad hilang.Bila dah cari kat tepi tu tak jumpa2,korang terpaksa lah bayar denda & korang diberi resit dalam masa 3 hari untuk cari kad tu,kalau jumpa boleh tuntut balik duit denda & bayar jumlah tol yg sepatutnya korang bayar kat pejabat Plus.
2. Kes korang ada dua kad Touch n Go,contoh satu ada duit baki banyak & satu lagi tak ada langsung atau tak cukup.Korang kena paham konsep guna Touch n Go saja iaitusemasa korang nak masuk lebuhraya,korang akan jumpa tol pertama & seterusnya, korang kena pastikan korang sentuh/touch Touch n Go korang di semua tol dari awal masuk lebuhraya hingga akhir sebab dari situ kad Touch n Go korang masuk info dari tol mana korang datang.Kalau korang ada dua kad Touch n Go pun,tapi korang sentuh kad Touch n Go yang lagi satu yang korang tak pernah sentuh di tol sebelum ni,korang akan dicaj lebih dari sepatut sebab kad Touch n Go korang tak dapat kesan & tak ada info korang dari tol mana.Walaupun duit baki kad Touch n Go korang kurang kena sentuh yang korang sentuh dari awal sebelum start masuk lebuhraya.
3.Kes duit baki Touch n Go kurang atau tak mencukupi,korang hanya perlu masuk lorong tunai & bayar baki kurang tu secara tunai kepada jurutol.
Kepada pengguna lebuhraya yang menggunakan Touch n Go atau Smartag, sila pastikan korang punya baki duit yang terdapat dalam Touch n Go & Smartag korang cukup untuk perjalanan korang ke destinasi yang dituju. Kalau boleh sebelum mula perjalanan check baki Touch n Go & Smartag korang. Sekiranya baki Touch n Go & Smartag tak mencukupi, korang akan tersekat dilorong tol, melambatkan perjalanan korang & orang lain.
Selain itu, kepada pengguna lebuhraya yang guna Smartag, sila pastikan korang charge Smartag korang hingga full bateri sebelum memulakan perjalanan. Kalau bateri Smartag korang dah low pun korang gagah guna Smartag, mesin Smartag takkan dapat kesan Smartag korang & macam biasa, korang akan tersekat dilorong, perjalanan korang lambat & pengguna lebuhraya lain pun akan terpaksa tunggu belakang korang. Dinasihatkan kalaulah terlupa nak charge Smartag korang sebelum mula perjalanan & dah tak sempat nak charge, lebih baik guna Touch n Go atau tunai.
Lagi, kepada pengguna Touch n Go & Smartag, kalau nak guna Touch n Go & Smartag, yang dah ter-ambil kad transit untuk tunai, jangan buang kad transit tu atau hilangkan. Sebab korang akan kena denda RM22.20. Samalah kepada pengguna lebuhraya yang guna lorong tunai, jangan buang atau hilangkan kad transit korang, in the end, korang yang rugi, kena bayar denda. So, jaga elok2 kad transit tu.
Lagi, kepada semua pengguna lebuhraya yang guna Touch n Go, Smartag atau tunai, pastikan korang tuju kereta korang ke lorong yang betul. Kalau korang rasa korang guna tunai, korang ke lorong Touch n Go, korang akan melambatkan perjalanan korang & ganggu & melambatkan orang lain yang guna Touch n Go. Korang kena tengok betul2 dari jauh, papan tanda Touch n Go yang sangat2 besar warna biru tu hanya untuk sesiapa yang guna Touch n Go saja.
And lagi, kepada pengguna yang beli Touch n Go & Smartag. Korang untung boleh suka hati pilih nak guna lorong Touch n Go atau Smartag sebab kalau korang ditol mula2 korang guna Touch n Go, kemudian kalau rasa nak guna Smartag, guna saja Smartag pula dilorong Smartag. Best kan? Boleh tukar2 lorong. Tak payah beratur panjang dilorong tunai.
And lagi, kepada pengguna Smartag, korang kena pastikan kedudukan Smartag betul supaya mesin pengesan Smartag di lorong Smartag dapat kesan. Sila pastikan Smartag korang dah betul2 di tengah2 dashboard kereta sebelum masuk lorong & bahagian hitam smartag diatas (salah - bahagian kad diatas), pegang Smartag tu di tengah2 dashboard kereta & pastikan sebelah hitam Smartag hala ke atas untuk mesin pengesan Smartag kesan dengan mudah. Kalau tak confident guna Smartag, takut tak dikesan, baik guna Touch n Go saja, senang, tak la tersekat di lorong. Kalau nak undur boleh la kalau tak ada kereta di belakang, kalau ada kereta pengguna Smartag lain di belakang, korang yang susah. Ada orang belakang marah.
And lagi, kepada pengguna Smartag, pastikan Smartag korang ada kad Touch n Go, kalau tak, korang tersekat dilorong, palang takkan angkat.
Kalau semua pengguna lebuhraya tahu info yang sikit saya kongsikan ini, perjalanan semua pengguna lebuhraya lancar & cepat. Harap ia dapat bantu korang sedikit sebanyak. Peace & senyum selalu, senyum tu sedekah
Thursday, November 20, 2014
Drama Cinta & Komik Cinta
Well, kepada yang tak pernah tahu. Tapi minat dengan drama Korea yang popular antaranya ialah Princess Hours atau Goong, Full House, Boys Before Flowers, To The Beautiful You, Playful Kiss & Nodame Cantabile. Kepada sesiapa yang menganggap komik hanyalah untuk kanak-kanak atau budak kecil adalah salah & kolot, okey. Sorry to say. Drama Korea popular itu semua adaptasi dari komik manga Jepun & komik manhwa Korea : Goong, Hana Yori Dango, Full House, Hana Kimi, Itazura Kiss & Nodame Cantabile.
Sebenarnya terdapat komik untuk peringkat remaja & dewasa. Contoh, komik cinta atau komik kisah fantasi dari Jepun. Bagi sesiapa yang tak pernah tengok anime Jepun atau baca komik Jepun, takkan tahu isi kandungan cerita yang dibuat untuk peringkat remaja & dewasa. Anime & komik manga Jepun yang ada kisah cinta lebih kurang macam novel cinta yang dewasa tu, cuma bezanya ada gambar. Macam Doraemon tu memang la untuk kanak-kanak, tapi tak la kanak-kanak sangat sebab kalau ikut komik Doraemon, Nobita asyik termasuk bilik air Sizuka dengan pintu ajaib Doraemon (babak ni agak tak sesuai untuk kanak-kanak). Anime Jepun Shin Chan pun, kalau tengok lawaknya banyak yang tak sesuai untuk kanak-kanak kot.
Drama Korea adaptasi dari komik manhwa Korea & komik manga Jepun, memang best. Terdapat versi Jepun sendiri & Taiwan.
Tuesday, November 18, 2014
Niconico Nekomura Cat Earphone Dust Plug
Niconico Nekomura Cat ialah penutup lubang fon telinga smartphone dari masuk habuk, juga berfungsi sebagai perhiasan smartphone atau iphone yang paling comel & tahan lasak. Niconico Nekomura Cat ialah jenama dari Jepun yang hanya mengeluarkan hiasan penutup lubang fon telinga, hard case phone cover, sticker atau keychain yang berbentuk kucing & terdapat juga dalam bentuk anjing.
Disebalik pengeluaran produk Niconico Nekomura Cat yang comel dari Jepun ni, terdapat kisahnya iaitu bermula dari tweet daripada pelukis komik manga Jepun iaitu Otako Nekomura pada Twitter - nya yang terlalu sukakan kucing. Dia posted di Twitter dia, lakaran lukisan maskot kucing untuk penutup fon telinga. Kemudian, dijumpai oleh manufacturer & membuat keputusan untuk mengeluarkannya sebagai produk dibawah jenama Niconico Nekomura Cat. Produk ni popular di Jepun & peminat-peminat barangan comel negara lain juga.
Niconico Nekomura Cat mengeluarkan pelbagai versi maskot kucing seperti pastel, samurai, long, special edition & lain-lain lagi.
Tapi berhati-hati kepada pembeli, beli yang original. Terdapat yang cetak rompak, boleh bezakan dari segi bungkusan & maskot. Dapatkan yang original di laman web : www.strapya-world.com (Barangan dalam laman web ni semuanya original) atau di laman web ebay
Untuk saya, saya dapatkan yang versi samurai Date Masamune. Comelnya~~ o(≧ω≦)o
Wednesday, October 8, 2014
RunningMan
RunningMan merupakan game variety show channel SBS dari Korea Selatan yang sangat menarik untuk ditonton kerana ia lain dari realiti tv show game yang lain seperti Fear Factor, dan yang sewaktu dengannya.Salah satu rancangan tv kegemaran saya.
RunningMan memang menghiburkan dan boleh menghilangkan stress dengan hal di tempat kerja,sekolah, dan universiti semasa menontonnya.Kerana bukan sahaja ia mempunyai design game-game atau race missions yang kreatif dan menarik seperti hide & seek,pengintip,menyingkirkan seseorang dengan mencabut tag nama, etc.Ia juga mempunyai unsur komedi lawak yang dapat menceriakan penonton.
Ahli-ahli RunningMan terdiri daripada pengacara,pelakon dan penyanyi.Ahli-ahli tetap buat masa ini ialah Yoo Jae-suk,Kim Jong-Kook,Ji Suk-jin,Kang Gary,Haha,Lee Kwangsoo dan Song Ji-Hyo.Mereka mempunyai gelaran masing-masing seperti Yoo Jae-suk (Yames Bond),Kim Jong-kook (Sparta atau Terminator),Song Ji-hyo (Blank Mong),Ji Suk-jin (Big Nose),Lee Kwangsoo (Prince of Asia),Haha (Pororo atau Haroro) dan Kang Gary (Lolol) atau Song Ji-hyo & Kang Gary (Monday Couple).
Sekarang RunningMan telah mencecah episod yang ke 215.RunningMan juga sering mempunyai artis-artis jemputan untuk turut serta dalam game-game setiap episod yang selalunya menawarkan hadiah lumayan seperti emas dan lain-lain.
Keistimewaan setiap episod RunningMan ada ceritanya yang tersendiri,contohnya ada game berdasarkan cerita dongeng Snow White,melarikan diri dari penjara,mafia vs netizen dan lain-lain lagi.
Tengok RunnigMan,teringat zaman kanak-kanak sekolah rendah ada main permainan lebih kurang macam RunningMan,seorang ni kejar yang lain sampai dapat,yang lain lari nak elakkan dari kena tangkap oleh seorang ni.Kalau kena tangkap,kalah atau out.Tak ingat dah nama game ni,polis apa entah,seronok main masa tu. ヾ(o´∀`o)ノ
From Google :
Thursday, October 2, 2014
Suka Kucing Breed Nie~~
Adakah anda pecinta atau peminat kucing atau cat lovers? Tak kisah la,apa-apa pun saya cuma nak promote satu breed kucing ni. Sebab saya suka breed ni, antara jenis kucing yang paling comel ciptaan Allah. Rasanya kat Malaysia, breed ni baru lagi. Breed kucing yang dikenali dan disukai pecinta atau peminat kucing di Malaysia selalunya, buat masa ni yang saya tahu hanya lah breed ni - British Short Hair, Birman, Persian, Himalayan, Maine Coon, Siamese, Ragdoll & Exotic Short Hair.
Berbalik kepada awal tadi, saya nak promote breed - Chinchilla & instagram-instagram pemilik kucing Chinchilla yang tak jemu tengok.
First kita kenal dulu kucing Chinchilla ni. (Sumber dari - www.catsofaustralia.com/chinchilla-cat-description.htm dan www.cat-world.com.au/Cat-Breeds/chinchilla-cat-breed-profile.html) Ciri-ciri yang sepatutnya ada pada kucing Chinchilla - hanya terdapat empat jenis warna bulunya iaitu Silvers, Goldens, Shaded Silvers atau Shaded Goldens. Warna mata kucing Chinchilla hanya terdapat tiga jenis warna iaitu hijau, biru atau emerald/hijau cerah bagaikan batu zamrud. Hidung berwarna merah seperti batu bata merah, hidung dan mata terdapat garisan hitam keliling hidung dan mata seperti dilukis dengan pencil (mata macam memakai celak hitam), dan paws atau tapak kakinya berwarna hitam (kalau kucing biasa selalunya tapak kaki warna pink). Kucing Chinchilla kurang air mata atau tak ada langsung berbanding Persian kerana hidungnya tak kemek, terlalu kecil atau terlalu flat se-ekstrem/extreme kucing Persian. Kucing Chinchilla merupakan kucing yang tenang, pendiam, lembut, setia, dan suka main-main walaupun telah membesar menjadi kucing dewasa.
Sejarah kucing Chinchilla - antara baka yang telah lama dibiakkan oleh manusia. Pada tahun 1882 hasil dari mating blue Persian dengan stray tom (baka yang tak dikenali) lahirlah anak kucing berwarna seperti asap bernama Chinnie dan dijual kepada Mrs.Vallence. Chinnie di-mating-kan dengan kucing jenis silver tabby. Kemudian salah seekor anak Chinnie pula mating dan lahir lah kucing Chinchilla pertama berwarna silver nama - Silver Lambkin.
Instagram-instagram pemilik kucing Chinchilla yang dah famous tapi saya nak promote juga ialah :
1. Nama Instagram - princeandbarbara
Instagram gambar & video dua ekor kucing Chinchilla silver bernama Prince dan Barbara dari Barcelona, Catalonia. Ni muka jenis comel garang. ヽ(^o^)丿
Tuesday, September 30, 2014
Cara Buat Simbol2 Emoticon Dalam Comment Instagram & Mendapatkan Like Pada Gambar yang di-upload ke Instagram
Bagi beginner yang baru dengan Instagram, nak tahu cara buat simbol-simbol dalam comment Instagram? Senang saja, download Cool Symbols Emoji Emoticon dari Google - Play Store. Sekarang Cool Symbols Emoji Emoticon yang paling popular digunakan oleh pengguna Instagram.
Lepas selesai download,set-kan Cool Symbols Emoji Emoticon. Abaikan Service & Start In Boot Time tu, sebab bahagian tu akan diset-kan secara automatik mengikut Launch Mode yang kita pilih. Launch mode - Float Button (Logo Cool Symbols Emoji Emoticon akan sentiasa berada dimana saja, tekan saja button bila perlukan, tak payah nak slide.). Float Button Size tu abaikan, sebab tekanlah big atau small, tak ada beza pun.
Kalau ada yang tak suka Float-Float Button ni, rasa macam menyemak & kadang-kadang accidently tertekan. Boleh la set-kan kepada Launch Mode - Launch From Notification. Set-kan Notification Bar Style samada New Style atau Old Style, Cool Symbols Emoji Emoticon hanya akan sentiasa berada di Notification Bar. Cuma perlu slide Notification Bar & tekan pada logo Cool Symbols Emoji Emoticon yang tertera. Langkah terakhir, set-kan Symbols List Style ikut citarasa masing-masing samada nak simbol-simbol tu warna hitam, merah, hijau ataupun biru. Set-kan juga Button Size - nak Normal Size atau Big Size. Selesai set-set ni, boleh la mula guna. Caranya tekan pada simbol yang nak diguna, kemudian tekan pada bahagian comment Instagram sehingga keluar "Paste". Tekan perkataan "Paste" tu. Then, tada~ keluarlah simbol pada bahagian comment. Cool Symbols Emoji Emoticon ni bukan sahaja boleh digunakan hanya dalam Instagram, boleh juga digunakan dalam sms, whatsapp, dll.
Bagi mendapatkan Like pada gambar yang kita upload, download lah Tags For Likes - Instagram Tags juga dari Google - Play Store. Tak perlu set-set, cuma pilih kategori yang sesuai dengan gambar yang kita upload pada Intagram kita dan "paste" pada bahagian Tags. Tapi kalau nak taip tags sendiri pun okey, ikut suka dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, asalkan ada Tags untuk dapatkan Like pada gambar.
Buat masa ni, Cool Symbols Emoji Emoticon & Tags For Likes masih free & tak perlu dibayar. Harap dapat membantu~