Thursday, November 20, 2014

Drama Cinta & Komik Cinta

Well, kepada yang tak pernah tahu. Tapi minat dengan drama Korea yang popular antaranya ialah Princess Hours atau Goong, Full House, Boys Before Flowers, To The Beautiful You,  Playful Kiss & Nodame Cantabile. Kepada sesiapa yang menganggap komik hanyalah untuk kanak-kanak atau budak kecil adalah salah & kolot, okey. Sorry to say. Drama Korea popular itu semua adaptasi dari komik manga Jepun & komik manhwa Korea : Goong, Hana Yori Dango, Full House, Hana Kimi, Itazura Kiss & Nodame Cantabile.

Sebenarnya terdapat komik untuk peringkat remaja & dewasa. Contoh, komik cinta atau komik kisah fantasi dari Jepun. Bagi sesiapa yang tak pernah tengok anime Jepun atau baca komik Jepun, takkan tahu isi kandungan cerita yang dibuat untuk peringkat remaja & dewasa. Anime & komik manga Jepun yang ada kisah cinta lebih kurang macam novel cinta yang dewasa tu, cuma bezanya ada gambar. Macam Doraemon tu memang la untuk kanak-kanak, tapi tak la kanak-kanak sangat sebab kalau ikut komik Doraemon, Nobita asyik termasuk bilik air Sizuka dengan pintu ajaib Doraemon (babak ni agak tak sesuai untuk kanak-kanak). Anime Jepun Shin Chan pun, kalau tengok lawaknya banyak yang tak sesuai untuk kanak-kanak kot.

Drama Korea adaptasi dari komik manhwa Korea & komik manga Jepun, memang best. Terdapat versi Jepun sendiri & Taiwan.






Tuesday, November 18, 2014

Niconico Nekomura Cat Earphone Dust Plug

Niconico Nekomura Cat ialah  penutup lubang fon telinga smartphone dari masuk habuk, juga berfungsi sebagai perhiasan smartphone atau iphone yang paling comel & tahan lasak. Niconico Nekomura Cat ialah jenama dari Jepun yang hanya mengeluarkan hiasan penutup lubang fon telinga, hard case phone cover, sticker atau keychain yang berbentuk kucing & terdapat juga dalam bentuk anjing.

Disebalik pengeluaran produk Niconico Nekomura Cat yang comel dari Jepun ni, terdapat kisahnya iaitu bermula dari tweet daripada pelukis komik manga Jepun iaitu Otako Nekomura pada Twitter - nya yang terlalu sukakan kucing. Dia posted di Twitter dia, lakaran lukisan maskot kucing untuk penutup fon telinga. Kemudian, dijumpai oleh manufacturer & membuat keputusan untuk mengeluarkannya sebagai produk dibawah jenama Niconico Nekomura Cat. Produk ni popular di Jepun & peminat-peminat barangan comel negara lain juga.

Niconico Nekomura Cat mengeluarkan pelbagai versi maskot kucing seperti pastel, samurai, long, special edition & lain-lain lagi.

Tapi berhati-hati kepada pembeli, beli yang original. Terdapat yang cetak rompak, boleh bezakan dari segi bungkusan & maskot. Dapatkan yang original di laman web : www.strapya-world.com (Barangan dalam laman web ni semuanya original) atau di laman web ebay

Untuk saya, saya dapatkan yang versi samurai Date Masamune. Comelnya~~  o(≧ω≦)o

Ni bungkusan original yang lama & baru. 
Ni bungkusan cetak rompak yang high class. Cuba banding dengan yang original, tengok betul2, ada bezanya. 


Ni bungkusan & item cetak rompak yang low class

Wednesday, October 8, 2014

RunningMan

RunningMan merupakan game variety show channel SBS dari Korea Selatan yang sangat menarik untuk ditonton kerana ia lain dari realiti tv show game yang lain seperti Fear Factor, dan yang sewaktu dengannya.Salah satu rancangan tv kegemaran saya.

RunningMan memang menghiburkan dan boleh menghilangkan stress dengan hal di tempat kerja,sekolah, dan universiti semasa menontonnya.Kerana bukan sahaja ia mempunyai design game-game atau race missions yang kreatif dan menarik seperti hide & seek,pengintip,menyingkirkan seseorang dengan mencabut tag nama, etc.Ia juga mempunyai unsur komedi lawak yang dapat menceriakan penonton.

Ahli-ahli RunningMan terdiri daripada pengacara,pelakon dan penyanyi.Ahli-ahli tetap buat masa ini ialah Yoo Jae-suk,Kim Jong-Kook,Ji Suk-jin,Kang Gary,Haha,Lee Kwangsoo dan Song Ji-Hyo.Mereka mempunyai gelaran masing-masing seperti Yoo Jae-suk (Yames Bond),Kim Jong-kook (Sparta atau Terminator),Song Ji-hyo (Blank Mong),Ji Suk-jin (Big Nose),Lee Kwangsoo (Prince of Asia),Haha (Pororo atau Haroro) dan Kang Gary (Lolol) atau Song Ji-hyo & Kang Gary (Monday Couple).

Sekarang RunningMan telah mencecah episod yang ke 215.RunningMan juga sering mempunyai artis-artis jemputan untuk turut serta dalam game-game setiap episod yang selalunya menawarkan hadiah lumayan seperti emas dan lain-lain.

Keistimewaan setiap episod RunningMan ada ceritanya yang tersendiri,contohnya ada game berdasarkan cerita dongeng Snow White,melarikan diri dari penjara,mafia vs netizen dan lain-lain lagi.

Tengok RunnigMan,teringat zaman kanak-kanak sekolah rendah ada main permainan lebih kurang macam RunningMan,seorang ni kejar yang lain sampai dapat,yang lain lari nak elakkan dari kena tangkap oleh seorang ni.Kalau kena tangkap,kalah atau out.Tak ingat dah nama game ni,polis apa entah,seronok main masa tu.                  ヾ(o´∀`o)ノ

From Google : 

Thursday, October 2, 2014

Suka Kucing Breed Nie~~

Adakah anda pecinta atau peminat kucing atau cat lovers? Tak kisah la,apa-apa pun saya cuma nak promote satu breed kucing ni. Sebab saya suka breed ni, antara jenis kucing yang paling comel ciptaan Allah. Rasanya kat Malaysia, breed ni baru lagi. Breed kucing yang dikenali dan disukai pecinta atau peminat kucing di Malaysia selalunya, buat masa ni yang saya tahu hanya lah breed ni - British Short Hair, Birman, Persian, Himalayan, Maine Coon, Siamese, Ragdoll & Exotic Short Hair.

Berbalik kepada awal tadi, saya nak promote breed - Chinchilla & instagram-instagram pemilik kucing Chinchilla yang tak jemu tengok.

First kita kenal dulu kucing Chinchilla ni. (Sumber dari - www.catsofaustralia.com/chinchilla-cat-description.htm dan www.cat-world.com.au/Cat-Breeds/chinchilla-cat-breed-profile.html) Ciri-ciri yang sepatutnya ada pada kucing Chinchilla - hanya terdapat empat jenis warna bulunya iaitu Silvers, Goldens, Shaded Silvers atau Shaded Goldens. Warna mata kucing Chinchilla hanya terdapat tiga jenis warna iaitu hijau, biru atau emerald/hijau cerah bagaikan batu zamrud. Hidung berwarna merah seperti batu bata merah, hidung dan mata terdapat garisan hitam keliling hidung dan mata seperti dilukis dengan pencil (mata macam memakai celak hitam), dan paws atau tapak kakinya berwarna hitam (kalau kucing biasa selalunya tapak kaki warna pink). Kucing Chinchilla kurang air mata atau tak ada langsung berbanding Persian kerana hidungnya tak kemek, terlalu kecil atau terlalu flat se-ekstrem/extreme kucing Persian. Kucing Chinchilla merupakan kucing yang tenang, pendiam, lembut, setia, dan suka main-main walaupun telah membesar menjadi kucing dewasa.

Sejarah kucing Chinchilla - antara baka yang telah lama dibiakkan oleh manusia. Pada tahun 1882 hasil dari mating blue Persian dengan stray tom (baka yang tak dikenali) lahirlah anak kucing berwarna seperti asap bernama Chinnie dan dijual kepada Mrs.Vallence. Chinnie di-mating-kan dengan kucing jenis silver tabby. Kemudian salah seekor anak Chinnie pula mating dan lahir lah kucing Chinchilla pertama berwarna silver nama - Silver Lambkin.

Instagram-instagram pemilik kucing Chinchilla yang dah famous tapi saya nak promote juga ialah :

1. Nama Instagram - princeandbarbara
Instagram gambar & video dua ekor kucing Chinchilla silver bernama Prince dan Barbara dari Barcelona, Catalonia. Ni muka jenis comel garang. ヽ(^o^)丿


2. Nama Instagram : bebe_46
Instagram gambar & video kucing betina Chinchilla silver shaded yang bernama Bebe dari Jepun. Ni muka jenis comel innocent. ヽ(^o^)丿


3. Nama Instagram : chipi5499
Instagram gambar & video kucing betina Chinchilla Shaded Golden yang bernama  Tabasa dari Jepun. ヽ(^o^)丿


Follow,jangan tak follow~ (^.^)
Bela kucing ni bukan senang, perlu ada tanggungjawab,kasih sayang & wang untuk kos makan+minum+perubatan kucing tu. Selain tu, walaupun kita bela kucing-kucing mahal ni, jangan lupa kucing-kucing di negara kita, kucing kampung atau stray cat. Kucing kampung atau stray cat atau dikenali sebagai Domestic Short Hair ni sebenarnya cantik & comel kalau bela sampai gemuk, dah tu ada macam-macam warna bulu. Kalau terjumpa atau ternampak kucing yang kurus kering lapar tu, tolong lah setakat yang mampu - contohnya bagi makanan sekali sekala, kalau tak dapat nak membela. Dapat juga pahala, tak salah kan? ヽ(。ゝω・)ノ☆;:*

Tuesday, September 30, 2014

Cara Buat Simbol2 Emoticon Dalam Comment Instagram & Mendapatkan Like Pada Gambar yang di-upload ke Instagram

Bagi beginner yang baru dengan Instagram, nak tahu cara buat simbol-simbol dalam comment Instagram? Senang saja, download Cool Symbols Emoji Emoticon dari Google - Play Store. Sekarang Cool Symbols Emoji Emoticon yang paling popular digunakan oleh pengguna Instagram.

Lepas selesai  download,set-kan Cool Symbols Emoji Emoticon. Abaikan Service & Start In Boot Time tu, sebab bahagian tu akan diset-kan secara automatik mengikut Launch Mode yang kita pilih. Launch mode - Float Button (Logo Cool Symbols Emoji Emoticon akan sentiasa berada dimana saja, tekan saja button bila perlukan, tak payah nak slide.). Float Button Size tu abaikan, sebab tekanlah big atau small, tak ada beza pun. 

Kalau ada yang tak suka Float-Float Button ni, rasa macam menyemak & kadang-kadang accidently tertekan. Boleh la set-kan kepada Launch Mode - Launch From Notification. Set-kan Notification Bar Style samada New Style atau Old Style, Cool Symbols Emoji Emoticon hanya akan sentiasa berada di Notification Bar. Cuma perlu slide Notification Bar & tekan pada logo Cool Symbols Emoji Emoticon yang tertera. Langkah terakhir, set-kan Symbols List Style ikut citarasa masing-masing samada nak simbol-simbol tu warna hitam, merah, hijau ataupun biru. Set-kan juga Button Size - nak Normal Size atau Big Size. Selesai set-set ni, boleh la mula guna. Caranya tekan pada simbol yang nak diguna, kemudian tekan pada bahagian comment Instagram sehingga keluar "Paste". Tekan perkataan "Paste" tu. Then, tada~ keluarlah simbol pada bahagian comment. Cool Symbols Emoji Emoticon ni bukan sahaja boleh digunakan hanya dalam Instagram, boleh juga digunakan dalam sms, whatsapp, dll.

Bagi mendapatkan Like pada gambar yang kita upload, download lah Tags For Likes - Instagram Tags juga dari Google - Play Store. Tak perlu set-set, cuma pilih kategori yang sesuai dengan gambar yang kita upload pada Intagram kita dan "paste" pada bahagian Tags. Tapi kalau nak taip tags sendiri pun okey, ikut suka dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, asalkan ada Tags untuk dapatkan Like pada gambar.

Buat masa ni, Cool Symbols Emoji Emoticon & Tags For Likes masih free & tak perlu dibayar. Harap dapat membantu~ 

Monday, September 29, 2014

Rubik's Cube

Saya beli rubik's cube ni sebab nampak orang main macam happy & senang saja.Tapi saya tak dapat selesaikan rubik's cube ni sampai sekarang.Haha.Nanti saya nak rujuk wikihow,cara nak selesaikan cube ni.Kerana Rubik's cube ni,wujudlah group-group pemain rubik's cube & malah terdapat pertandingan peringkat antarabangsa.Mainan ni menguji minda.Rubik's cube juga ada dalam pelbagai bentuk.



From : Google

Saturday, September 27, 2014

Wedge Sneakers

Saya suka sneakers wedges ni,sebab selesa.Walaupun ada tapak wedge,tak la terlalu tinggi,jadi tak la sakit kaki memakainya.Baru-baru ni saya beli di Facebook page call - Wonder Shoetique.Wonder Shoetique ni ada macam-macam jenis kasut perempuan yang cute & cantik - high heels,boot,flat & termasuklah  sneakers wedges.Sneakers wedge ni ada banyak pilihan & warna kalau di page Wonder Shoetique ni.Sebenarnya sneakers wedge ni first time dicipta oleh pereka fashion bernama Isabel Marant dari Paris dengan wedge yang tersembunyi dan diluar kasut itu nampak seperti tapak biasa.Sneakers wedge original jenama Isabel Marant ni terkenal dikalangan artis & model Barat seperti Dakota Fanning,Hilary Duff,Jessica Alba,Beyonce,Miranda Kerr,Kate Bosworth,Gisele Bundchen dan ramai lagi.Kasut ni boleh dipakai samada top dengan seluar,dress atau skirt.

From : Google



ヽ|・ω・|ゞ  My sneakers from Wonder Shoetique  :