Tuesday, September 30, 2014

Cara Buat Simbol2 Emoticon Dalam Comment Instagram & Mendapatkan Like Pada Gambar yang di-upload ke Instagram

Bagi beginner yang baru dengan Instagram, nak tahu cara buat simbol-simbol dalam comment Instagram? Senang saja, download Cool Symbols Emoji Emoticon dari Google - Play Store. Sekarang Cool Symbols Emoji Emoticon yang paling popular digunakan oleh pengguna Instagram.

Lepas selesai  download,set-kan Cool Symbols Emoji Emoticon. Abaikan Service & Start In Boot Time tu, sebab bahagian tu akan diset-kan secara automatik mengikut Launch Mode yang kita pilih. Launch mode - Float Button (Logo Cool Symbols Emoji Emoticon akan sentiasa berada dimana saja, tekan saja button bila perlukan, tak payah nak slide.). Float Button Size tu abaikan, sebab tekanlah big atau small, tak ada beza pun. 

Kalau ada yang tak suka Float-Float Button ni, rasa macam menyemak & kadang-kadang accidently tertekan. Boleh la set-kan kepada Launch Mode - Launch From Notification. Set-kan Notification Bar Style samada New Style atau Old Style, Cool Symbols Emoji Emoticon hanya akan sentiasa berada di Notification Bar. Cuma perlu slide Notification Bar & tekan pada logo Cool Symbols Emoji Emoticon yang tertera. Langkah terakhir, set-kan Symbols List Style ikut citarasa masing-masing samada nak simbol-simbol tu warna hitam, merah, hijau ataupun biru. Set-kan juga Button Size - nak Normal Size atau Big Size. Selesai set-set ni, boleh la mula guna. Caranya tekan pada simbol yang nak diguna, kemudian tekan pada bahagian comment Instagram sehingga keluar "Paste". Tekan perkataan "Paste" tu. Then, tada~ keluarlah simbol pada bahagian comment. Cool Symbols Emoji Emoticon ni bukan sahaja boleh digunakan hanya dalam Instagram, boleh juga digunakan dalam sms, whatsapp, dll.

Bagi mendapatkan Like pada gambar yang kita upload, download lah Tags For Likes - Instagram Tags juga dari Google - Play Store. Tak perlu set-set, cuma pilih kategori yang sesuai dengan gambar yang kita upload pada Intagram kita dan "paste" pada bahagian Tags. Tapi kalau nak taip tags sendiri pun okey, ikut suka dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, asalkan ada Tags untuk dapatkan Like pada gambar.

Buat masa ni, Cool Symbols Emoji Emoticon & Tags For Likes masih free & tak perlu dibayar. Harap dapat membantu~ 

Monday, September 29, 2014

Rubik's Cube

Saya beli rubik's cube ni sebab nampak orang main macam happy & senang saja.Tapi saya tak dapat selesaikan rubik's cube ni sampai sekarang.Haha.Nanti saya nak rujuk wikihow,cara nak selesaikan cube ni.Kerana Rubik's cube ni,wujudlah group-group pemain rubik's cube & malah terdapat pertandingan peringkat antarabangsa.Mainan ni menguji minda.Rubik's cube juga ada dalam pelbagai bentuk.



From : Google

Saturday, September 27, 2014

Wedge Sneakers

Saya suka sneakers wedges ni,sebab selesa.Walaupun ada tapak wedge,tak la terlalu tinggi,jadi tak la sakit kaki memakainya.Baru-baru ni saya beli di Facebook page call - Wonder Shoetique.Wonder Shoetique ni ada macam-macam jenis kasut perempuan yang cute & cantik - high heels,boot,flat & termasuklah  sneakers wedges.Sneakers wedge ni ada banyak pilihan & warna kalau di page Wonder Shoetique ni.Sebenarnya sneakers wedge ni first time dicipta oleh pereka fashion bernama Isabel Marant dari Paris dengan wedge yang tersembunyi dan diluar kasut itu nampak seperti tapak biasa.Sneakers wedge original jenama Isabel Marant ni terkenal dikalangan artis & model Barat seperti Dakota Fanning,Hilary Duff,Jessica Alba,Beyonce,Miranda Kerr,Kate Bosworth,Gisele Bundchen dan ramai lagi.Kasut ni boleh dipakai samada top dengan seluar,dress atau skirt.

From : Google



ヽ|・ω・|ゞ  My sneakers from Wonder Shoetique  : 

Wednesday, September 24, 2014

Bubbles atau Buih

Teringat zaman sekolah rendah, main bubles sabun yang ada jual dikedai runcit.Time tu bubles kena tiup guna mulut termuncung macam itik, tapi seronok main, haha.
(。・з・。)φ ヾ(・ε・`*)
Dijual dalam botol kecil khas. Sekarang susah nak dapat jenis tu, saya jumpa di kedai Daiso saja. Selalunya sekarang ni jual dalam bentuk pistol saja. Kalau  pistol air, best~ Saya suka yang classic, dalam botol and kena tiup sendiri. Tapi boleh buat sendiri, kita cuma perlukan bahagian atas botol (potong botol - myhomespunthreads.blogspot.com) atau dawai (bentukkan ikut suka hati awak, love, bulat dll) untuk tiup bubles, bekas kosong untuk masukkan bancuhan sabun liquid (sabun basuh pinggan) yang dicampurkan dengan air. Boleh la buatkan untuk diri sendiri (tak kisah la), untuk sesiapa yang ada adik kecil atau anak main. Boleh rujuk dalam internet,ada macam-macam cara nak buat tapi kebanyakan lebih kurang sama saja. Dengan main bubles ni, I hope you enjoy yourself with family & friends. 
ヽ(≧∀≦)ノ



From : Google


Thursday, September 18, 2014

Braces atau Pendakap Gigi!

Kalau kamu tinggal di sebelah utara Malaysia dan ingin memakai braces, saya cadangkan kamu pergi ke Klinik Pergigian Pakar Ortodontik Pauh (Dr. Hani Zuhairah Dato' Md. Isa) at Taman Pauh Jaya,Penang.Sebarang pertanyaan mengenai braces, sila hubungi nombor ni (no.tel klinik) - 04 3990222.

Klinik ni mempunyai 2 jenis braces. Pilihan pertama ialah ceramic braces yang mahal sikit, dengan jumlah kesemua rawatan RM5000.Ceramic braces tak nampak jelas kita memakai braces secara terang-terang seperti metal or traditional braces sebab tak ada warna. Pilihan kedua ialah metal atau traditional braces, dengan jumlah rawatan RM4000 bagi tahun ni. I go with traditional braces.First, kamu kena x-ray,moulding,extract tooth,scaling & polishing.Kesemua itu settle disitu sahaja,mudah bukan?Tapi jangan lupa buat appoinment dulu.Metal or traditional braces,kamu boleh piluh warna kegemaran.haha.Klinik ini juga menjual barangan keperluan yang sesuai untuk si pemakai braces seperti berus gigi khas, ubat gigi & mouthwash jenama Fluocaril Ortho.

Sekarang braces terdapat pelbagai jenis.Setiap braces ada keistimewaannya dan fungsinya yang yersendiri.

Contoh Lingual braces, Invisalign Clear,
Damon braces, Smart brackets, & Self-Ligating braces.
Other types are Clear braces, Invisible braces & Cosmetics braces. (www.igetbraces.com/types-of-braces/)

Penjagaan dan pemakaian pendakap gigi ni memerlukan kerajinan, kesabaran dan kegagahan yang lebih sikit.Sebab kadang-kadang sakit, kena jaga makan dan kesan dari kemalasan; contoh malas menggosok gigi boleh menyebabkan gigi rosak.Cara menggosok gigi yang salah pun boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi.Contoh, gusi rosak dan pada gigi terjadinya white spots.Malas nak pakai retainer boleh menyebabkan awak kerugian duit dan masa kerana ia boleh menyebabkan gigi kembali ke bentuk asal seperti sebelum rawatan.

From : Google