Thursday, November 20, 2014

Drama Cinta & Komik Cinta

Well, kepada yang tak pernah tahu. Tapi minat dengan drama Korea yang popular antaranya ialah Princess Hours atau Goong, Full House, Boys Before Flowers, To The Beautiful You,  Playful Kiss & Nodame Cantabile. Kepada sesiapa yang menganggap komik hanyalah untuk kanak-kanak atau budak kecil adalah salah & kolot, okey. Sorry to say. Drama Korea popular itu semua adaptasi dari komik manga Jepun & komik manhwa Korea : Goong, Hana Yori Dango, Full House, Hana Kimi, Itazura Kiss & Nodame Cantabile.

Sebenarnya terdapat komik untuk peringkat remaja & dewasa. Contoh, komik cinta atau komik kisah fantasi dari Jepun. Bagi sesiapa yang tak pernah tengok anime Jepun atau baca komik Jepun, takkan tahu isi kandungan cerita yang dibuat untuk peringkat remaja & dewasa. Anime & komik manga Jepun yang ada kisah cinta lebih kurang macam novel cinta yang dewasa tu, cuma bezanya ada gambar. Macam Doraemon tu memang la untuk kanak-kanak, tapi tak la kanak-kanak sangat sebab kalau ikut komik Doraemon, Nobita asyik termasuk bilik air Sizuka dengan pintu ajaib Doraemon (babak ni agak tak sesuai untuk kanak-kanak). Anime Jepun Shin Chan pun, kalau tengok lawaknya banyak yang tak sesuai untuk kanak-kanak kot.

Drama Korea adaptasi dari komik manhwa Korea & komik manga Jepun, memang best. Terdapat versi Jepun sendiri & Taiwan.






Tuesday, November 18, 2014

Niconico Nekomura Cat Earphone Dust Plug

Niconico Nekomura Cat ialah  penutup lubang fon telinga smartphone dari masuk habuk, juga berfungsi sebagai perhiasan smartphone atau iphone yang paling comel & tahan lasak. Niconico Nekomura Cat ialah jenama dari Jepun yang hanya mengeluarkan hiasan penutup lubang fon telinga, hard case phone cover, sticker atau keychain yang berbentuk kucing & terdapat juga dalam bentuk anjing.

Disebalik pengeluaran produk Niconico Nekomura Cat yang comel dari Jepun ni, terdapat kisahnya iaitu bermula dari tweet daripada pelukis komik manga Jepun iaitu Otako Nekomura pada Twitter - nya yang terlalu sukakan kucing. Dia posted di Twitter dia, lakaran lukisan maskot kucing untuk penutup fon telinga. Kemudian, dijumpai oleh manufacturer & membuat keputusan untuk mengeluarkannya sebagai produk dibawah jenama Niconico Nekomura Cat. Produk ni popular di Jepun & peminat-peminat barangan comel negara lain juga.

Niconico Nekomura Cat mengeluarkan pelbagai versi maskot kucing seperti pastel, samurai, long, special edition & lain-lain lagi.

Tapi berhati-hati kepada pembeli, beli yang original. Terdapat yang cetak rompak, boleh bezakan dari segi bungkusan & maskot. Dapatkan yang original di laman web : www.strapya-world.com (Barangan dalam laman web ni semuanya original) atau di laman web ebay

Untuk saya, saya dapatkan yang versi samurai Date Masamune. Comelnya~~  o(≧ω≦)o

Ni bungkusan original yang lama & baru. 
Ni bungkusan cetak rompak yang high class. Cuba banding dengan yang original, tengok betul2, ada bezanya. 


Ni bungkusan & item cetak rompak yang low class