Saturday, August 8, 2015

Info Kepada Semua Pengguna Lebuhraya Dari Utara ke Selatan

Selalunya sebelum kita bertolak pergi kemana-mana semasa cuti sekolah,yang kita selalu check ialah barang semua cukup & kereta ok atau tak. Di sini saya nak kongsikan sedikit info yang ada kaitan dengan tol gate. Walaupun ini nampak macam hal remeh, tapi ia salah satu hal yang boleh melancarkan perjalanan korang sebagai pengguna lebuhraya & pengguna lebuhraya lain atau dalam erti kata lain tak mengganggu perjalanan pengguna lebuhraya lain. Supaya tak ade la, orang belakang marah & maki orang depan.

Untuk perjalanan yang lebih cepat & lancar & tak payah nak beratur panjang di tol ialah caranya kita guna Touch n Go & Smartag. The best way, to me as customer. ^^

Tambahan info berguna kepada pengguna lebuhraya :
1. Kes kalau hilang kad transit atau kad Touch n Go,korang akan didenda bayar.Untuk pengetahuan & ingatan pengguna lebuhraya,jurutol TAK BOLEH angkat palang lorong sukahati untuk korang jalan depan & berhenti cari kad.. so jangan marah jurutol kalau dia suruh cari kad tu,bermakna dia tak mahu korang kena denda.Melainkan korang rela nak bayar denda sebab korang malas nak cari & tak mahu orang belakang korang horn sebab lambat.Kalau nak cari jugak,korang kena berhenti tepi sebelum masuk lorong tol supaya tak ganggu orang lain nak bayar tol jadi lambat kerana korang cari kad hilang.Bila dah cari kat tepi tu tak jumpa2,korang terpaksa lah bayar denda & korang diberi resit dalam masa 3 hari untuk cari kad tu,kalau jumpa boleh tuntut balik duit denda & bayar jumlah tol yg sepatutnya korang bayar kat pejabat Plus.

2. Kes korang ada dua kad Touch n Go,contoh satu ada duit baki banyak & satu lagi tak ada langsung atau tak cukup.Korang kena paham konsep guna Touch n Go saja iaitusemasa korang nak masuk lebuhraya,korang akan jumpa tol pertama & seterusnya, korang kena pastikan korang sentuh/touch Touch n Go korang di semua tol dari awal masuk lebuhraya hingga akhir sebab dari situ kad Touch n Go korang masuk info dari tol mana korang datang.Kalau korang ada dua kad Touch n Go pun,tapi korang sentuh kad Touch n Go yang lagi satu yang korang tak pernah sentuh di tol sebelum ni,korang akan dicaj lebih dari sepatut sebab kad Touch n Go korang tak dapat kesan & tak ada info korang dari tol mana.Walaupun duit baki kad Touch n Go korang kurang kena sentuh yang korang sentuh dari awal sebelum start masuk lebuhraya.

3.Kes duit baki Touch n Go kurang atau tak mencukupi,korang hanya perlu masuk lorong tunai & bayar baki kurang tu secara tunai kepada jurutol.






Kepada pengguna lebuhraya yang menggunakan Touch n Go atau Smartag, sila pastikan korang punya baki duit yang terdapat dalam Touch n Go & Smartag korang cukup untuk perjalanan korang ke destinasi yang dituju. Kalau boleh sebelum mula perjalanan check baki Touch n Go & Smartag korang. Sekiranya baki Touch n Go & Smartag tak mencukupi, korang akan tersekat dilorong tol, melambatkan perjalanan korang & orang lain.

Selain itu, kepada pengguna lebuhraya yang guna Smartag, sila pastikan korang charge Smartag korang hingga full bateri sebelum memulakan perjalanan. Kalau bateri Smartag korang dah low pun korang gagah guna Smartag, mesin Smartag takkan dapat kesan Smartag korang & macam biasa, korang akan tersekat dilorong, perjalanan korang lambat & pengguna lebuhraya lain pun akan terpaksa tunggu belakang korang. Dinasihatkan kalaulah terlupa nak charge Smartag korang sebelum mula perjalanan & dah tak sempat nak charge, lebih baik guna Touch n Go atau tunai.

Lagi, kepada pengguna Touch n Go & Smartag, kalau nak guna Touch n Go & Smartag, yang dah ter-ambil kad transit untuk tunai, jangan buang kad transit tu atau hilangkan. Sebab korang akan kena denda RM22.20. Samalah kepada pengguna lebuhraya yang guna lorong tunai, jangan buang atau hilangkan kad transit korang, in the end, korang yang rugi, kena bayar denda. So, jaga elok2 kad transit tu.

Lagi, kepada semua pengguna lebuhraya yang guna Touch n Go, Smartag atau tunai, pastikan korang tuju kereta korang ke lorong yang betul. Kalau korang rasa korang guna tunai, korang ke lorong Touch n Go, korang akan melambatkan perjalanan korang & ganggu & melambatkan orang lain yang guna Touch n Go. Korang kena tengok betul2 dari jauh, papan tanda Touch n Go yang sangat2 besar warna biru tu hanya untuk sesiapa yang guna Touch n Go saja.

And lagi, kepada pengguna yang beli Touch n Go & Smartag. Korang untung boleh suka hati pilih nak guna lorong Touch n Go atau Smartag sebab kalau korang ditol mula2 korang guna Touch n Go, kemudian kalau rasa nak guna Smartag, guna saja Smartag pula dilorong Smartag. Best kan? Boleh tukar2 lorong. Tak payah beratur panjang dilorong tunai.

And lagi, kepada pengguna Smartag, korang kena pastikan kedudukan Smartag betul supaya mesin pengesan Smartag di lorong Smartag dapat kesan. Sila pastikan Smartag korang dah betul2 di tengah2 dashboard kereta sebelum masuk lorong & bahagian hitam smartag diatas (salah - bahagian kad diatas), pegang Smartag tu di tengah2 dashboard kereta & pastikan sebelah hitam Smartag hala ke atas untuk mesin pengesan Smartag kesan dengan mudah. Kalau tak confident guna Smartag, takut tak dikesan, baik guna Touch n Go saja, senang, tak la tersekat di lorong. Kalau nak undur boleh la kalau tak ada kereta di belakang, kalau ada kereta pengguna Smartag lain di belakang, korang yang susah. Ada orang belakang marah.

And lagi, kepada pengguna Smartag, pastikan Smartag korang ada kad Touch n Go, kalau tak, korang tersekat dilorong, palang takkan angkat.

Kalau semua pengguna lebuhraya tahu info yang sikit saya kongsikan ini, perjalanan semua pengguna lebuhraya lancar & cepat. Harap ia dapat bantu korang sedikit sebanyak. Peace & senyum selalu, senyum tu sedekah